Showing posts with label Berpantang. Show all posts
Showing posts with label Berpantang. Show all posts

Thursday, February 9, 2012

SET PANTANG SHAKLEE

Pengambilan vitamin dalam pantang adalah suatu kemestian bagi ibu-ibu hari ini. Tempoh berpantang 44 hari tu terasa sangat lama bagi ibu-ibu yang baru melahirkan, kerana pada waktu itu kita masih dalam kesakitan kesan luka jahitan, badan yang sangat lemah akibat kehilangan darah semasa proses kelahiran, emosi yang tidak stabil ditambah pula dengan ragam bayi yang lazimnya kerap menangis dan tidak mahu tidur malam, sememangnya amat memenatkan.

Stress atau meroyan yang dikait rapat dengan ibu berpantang, bukanlah mitos tapi memang benar-benar wujud. Justeru, para ibu haruslah menyiapkan diri fizikal dan mental untuk menangani keadaan tersebut, dan salah satu caranya ialah dengan pengambilan vitamin, sebagai persediaan sebelum menyambut cahaya mata, permata hati kita.

Jom tengok Set Bersalin Shaklee, yang terdiri daripada:

1. Vitamin B Complex Dengan Asid Folik (40 tabs)

2. Vitalea / Multivitamin Dengan Zat Besi (40 tabs)

3. Vitamin C (40 tabs)

4. Zink (40 tabs)

Apa kepentingan mengambl vitamin-vitamin ini?

1) Vitamin B Complex Dengan Asid Folik

  • B Complex bertindak sebagai penenang dan mengelakkan stress atau meroyan di kalangan ibu berpantang. Ia juga berupaya meningkatkan pembentukkan sel darah merah dan sangat penting untuk menukarkan makanan yang kita ambil menjadi tenaga. Justeru, ibu-ibu akan merasa lebih bertenaga dan kurang letih. Vitamin ini juga memelihara kulit dari dalam dan penting untuk kecantikkan, sesuai dengan namanya B for Beauty.

2) Vitalea / Multivitamin Dengan Zat Besi

  • Sangat penting diambil oleh ibu berpantang kerana vitalea membekalkan 23 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh, tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakkan makanan perlu dielakkan semasa berpantang (pantang makan). Zat besi pula sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan sel darah merah, bagi menggantikan kehilangan darah semasa proses kelahiran. Ibu-ibu yang kekurangan vitamin ini, akan kelihatan pucat, letih dan tidak bermaya.

3) Vitamin C

  • Sangat penting untuk penyembuhan luka jahitan serta membaik pulih tisu yang rosak selepas bersalin. Juga penting untuk meningkatkan sistem pertahanan badan kerana sebiji vitamin C Shaklee menyamai 7 biji setengah kita makan buah oren. Vitamin C juga penting dalam membentuk kolagen dan penting dalam kecantikkan kulit.

4) Zink

  • Sangat penting untuk membaik pulih luka jahitan dan luka dalaman. Makanan yang kaya dengan zink ialah ikan haruan. Agak sukar untuk memasak ikan haruan setiap hari, ditambah pula dengan harganya yang agak mahal. Justeru, pengambilan zink setiap hari adalah pilihan yang tepat bagi ibu berpantang. Zink juga membantu mengatasi masalah ‘kedinginan’ selepas bersalin, dan pengambilan zink oleh ibu menyusu akan menjamin bayi membesar dengan optimum.

Trial set untuk 40 hari berharga RM 100, manakala full set berharga RM 268 untuk kegunaan 4-6 bulan. Kos pos bagi Semenanjung ialah rm 10, manakala Sabah & Sarawak RM 20. Hubungi saya untuk konsultasi percuma. Email sharazie79@gmail.com. / 013-7141954 (shara)

Monday, November 14, 2011

Meroyan....? Apa ?. Kenapa ? & Bagaimana ?........



Meroyan!!!, selalu kite dengar orang tua2 pesan kat ibu2 yg hampir bersalin ttg meroyan ni. jangan itu, jangan ini, nanti meroyan......mari kita baca kisah ini.....

credit mama arissa zoela...

Saya ingat lagi semasa baru melahirkan Arissa emak saya selalu mengingatkan saya berselawat atau membaca ayat-ayat suci..Kata emak, elok untuk jauhkan 'benda' tidak elok supaya tidak meroyan..Maklumlah...selepas melahirkan kitakan dalam keadaan 'kotor'.

Pengalaman saya?Saya tak tau nak kata saya meroyan ke tidak mungkin semi meroyan kot?..Tetapi semasa di dalam pantang Arissa adalah bayi yang agak 'susah' hendak di jaga..Arissa terlalu kuat menangis..Buat dah macam-macam tapi dia still menangis non stop..Pernah dia menangis selama seminggu start dari pukul 9pm-3am..Kemudian dia tukar time pulak, dari pukul 3am-8am..NON STOP! Huhuu....Jumpa doctor, org tua2 yang pandai..bidan kampung...mcm2...but dia masih jugak menangis..End up, saya pun join menangis sekali..

Pernah jugak akibat tak tahan mendengar dia asyik menangis, saya suruh emak saya bawa dia keluar dari bilik..SAYA TAK MAU ARISSA MASA TU! Sedihkan?Masa tu en hubby dah ke laut..So everyday en hubby call saya akan menangis..Sampai en hubby terpaksa emergency leave, emergency boss dia carikan chopper nak balik ke darat.Dasyat..

Pernah jugak, semasa saya tidur tiba-tiba saya terdengar suara lelaki yang sgt kuat menjerit di telinga saya "OIIII!" terkejut saya sampai mcm nak melompat..Dahle saya czer...Terus saya menangis..At the same time Arissa pun menangis serentak...Kelam kabut en hubby masa tu..Mana nak pujuk Arissa mana nak pujuk mama Arissa lagi...

Resultnya sehingga sekarang? Saya tak boleh dengar Arissa menangis lama..Bila Arissa menangis ada satu tune dia yang saya tak boleh dengar..Bila saya dengar je tune tu, kepala saya terus sakit mcm ada paku nak keluar dari kepala..So kalau org ckp saya manjakan anak sbb tak boleh biarkan anak menangis, saya bukan saja-saja ok..Kepala saya start sakit...Huhuuh...

So..adakah saya meroyan????
###################################################################


- Istilah psikologinya: psikosis puerpera. Mengikut perangkaan kajian luar Negara, penyakit ini menyerang kurang 1.5 daripada setiap 1,000 kelahiran. Istilah perubatan pula postnatal depression yang bersangkut paut dengan kelakuan aneh sebagai kesan emosi (kejiwaan) yang dihadapi oleh wanita selepas melahirkan anak.

- Keadaan meroyan ini biasanya menyerang ibu yang pertama kali melahirkan. Ingat, dia akan bertindak agresif dan tidak dapat mengawal diri dan ada kalanya mencederakan orang. Jadi amat bahaya jika ibu ini dibiarkan menjaga bayi.

Tanda-tanda meroyan boleh dilihat seawal dua hari selepas bersalin. Tanda-tandanya termasuk:
1) gangguan tidur

2) keresahan

3) sensitif

4) rendah diri

5) kurang selera makan

6) selalu bersedih.

7) Sikapnya juga berubah, dari periang menjadi pendiam. Sentuhan dengan dunia
realiti akan hilang.

Bersikap luar biasa seperti fenomena halusinasi dan delusi. Halusinasi, kononnya melihat lembaga menakutkan atau mendengar suara ghaib yang menyuruh melakukan sesuatu. Delusi pula apabila dia merasa yang ada orang merancang untuk memusnahkannya. Keadaan itu menyebabkan dia berasa waswas dan syak wasangka dengan orang. Sering berhadapan halusinasi dan delusi, si ibu tidak akan kisah kebajikan anak yang baru dilahirkan. Dia akan terdorong melakukan jenayah, seperti membunuh anaknya.


Faktor yang menyebabkan meroyan

Pelbagai faktor yang boleh menyebabkan penyakit mental inil Antaranya:

1. Faktor genetik atau baka

2. Perubahan tahap hormon seperti progesterone dan estrogen secara mendadak

3. Tekanan emosi ketika dalam pantang

4. Kualiti perhubungan suami isteri serta perhubungan dengan bayi yang baru lahir

Suami selalu tidak memahami tekanan emosi si isteri
- Sebenarnya tekanan emosi wanita baru bersalin berbeza. Tidak dinafikan anak merupakan pengikat kasih antara pasangan suami isteri dan kebanggaan keluarga keseluruhannya. Tetapi bagaimana jika anak yang dilahirkan tidak kehendaki? Contohnya pasangan yang belum bersedia menambah ahli keluarga atau tidak mempunyai kewangan yang kukuh.

- Emosi semakin tertekan apabila wanita itu sendiri tidak mempunyai hubungan baik dengan ibunya atau mentua.

- Sakit bersalin. Walau anak ketiga, keempat atau kelima, kesakitannya tetap tiada tandingan, hanya Tuhan yang mengetahuinya. Namun suami menganggap isteri telah biasa. Langsung tidak mahu membantu menjaga anak yang menangis saban malam. Isteri tidak dapat berehat dengan secukupnya dan ini membuatkan tiada kegembiraan dalam menimang cahaya mata sebaliknya membosankan. Lagi teruk, suami masih beranggapan isteri akan pulih selepas dua tiga hari dan mahu makan minumnya terhidang seperti biasa dan marah melihat rumah masih bersepah.


Rawatan?

- Dikatakan kurang 70 peratus wanita yang terbabit akan sembuh dengan rawatan yang betul. Risiko penyakit berulang selepas kelahiran seterusnya lebih kurang 15 peratus. Dalam proses rawatan, faktor jika adanya ahli keluarga lain yang berpenyakit mental dan pertelingkahan suami isteri akan menjejaskan proses pemulihan pesakit. Adalah lebih baik pesakit mendapat rawatan sebagai pesakit dalam di hospital jika keluarga tidak dapat mengawalnya. Selain ubat-ubatan, kaunseling hubungan suami isteri perlu dibuat serentak memandangkan wanita berpenyakit ini amat membenci hubungan seksual. Jadi kaunseling amat perlu bagi menyelamatkan rumahtangga.

- Sokongan emosi orang terdekat. Tidak banyak kajian dilakukan ke atas punca berlaku postnatal depression dan perubahan hormon merupakan faktor kecil saja. Faktor sekitar lebih menyumbang kepada tekanan itu. Bagi yang pertama kali melahirkan, sokongan moral dan emosi daripada orang terdekat amat perlu seperti suami. Sokongan suami merupakan penawar yang paling mujarab.

- Ahli keluarga perlu bekerjasama mengembalikan keyakinan dan keriangan ibu yang tertekan. Pujuk dan bimbing dia selalu. Ingatkannya supaya sentiasa mendekatkan diri kepada Allah. Mohon ketenangan melalui solat dan doa.


Persediaan sebelum menimang cahaya mata.

- Bersedia dari segi mental, fizikal dan material.

- Berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat persediaan menghadapi kelahiran.

- Jumpa kaunselor untuk sesi kaunseling perkahwinan supaya berbincang tentang aspek persediaan emosi dan persediaan menimang cahaya mata.

- Dapatkan ilmu tentang sebelum dan selepas kelahiran anak.


Selain dari itu, ibu-ibu boleh lah mengambil B complex..B Complex Shaklee terdiri dari 8 kumpulan vit b termasuk folic acid dan biotin untuk bina darah. Ia penting untuk elak kemurungan (meroyan, sebagai penenang (anti-stress) & menstabilkan hormon.
Mengapa ada ibu yang mudah meroyan atau keletihan? Jawapannya kerana kurangnya vitamin B dalam badan.Sebab tu dalam Set Bersalin Shakleekami mmg sediakan B complex.

Sila hubungi saya untuk dapatkan konsultasi percuma dan harga ahli.....013-7141954

Saturday, October 29, 2011

Selepas amalkan Zinc Shaklee selama seminggu, Luka Czer beransur sembuh.....


Teringat semasa bersalin kan Auni Awadah, luka forsep banyak dan ambik masa nak sembuh, hari-hari mak masak ikan haruan, suruh minum jeli gamat, pati ikan haruan dan mcm2 lagi.....Kalau lah masa tu saya kenal Shaklee..Kan senang...Boleh telan Zinc jer :)

Jum baca testimoni Aieda.

Credit
Salam, di sini saya ingin kongsikan pengalaman saya mengamalkan vitamin Shaklee iaitu tablet zink dan breast feeding set. Saya telah bersalin secara emergency c-sect pada 4 April 2011. Bemula hari pertama berpantang saya hanya makan berlaukkan sup ikan haruan bagi merpercepatkan penyembuhan luka pembedahan.

Setelah 2 bulan, saya masih lagi merasa sakit di kawasan perut yang dibelah, sehinggakan sembahyang pun terasa sakit untuk bangun dan berdiri. Saya terpaksa sembahyang dalam keadaan duduk. Disebabkan saya seorang yang penakut untuk menelan ubatan air seperti pati ikan haruan dan air gamat, saya tergerak hati untuk mencuba tablet zink dari produk Shaklee sepertimana yang kita ketahui zink adalah salah satu kandungan yang terdapat di dalam ikan haruan yang dapat menyembuhkan luka pembedahan.

Alhamdulillah seminggu setelah mengamalkan tablet zink saya sudah boleh bergerak agak lasak, sembahyang, membasuh baju, memasak dan juga melakukan kerja-kerja rumah yang lain. Tidak lagi berasa lenguh2 kaki dan pinggang apabila berdiri atau berjalan terlallu lama. Sehingga hari ini saya masih mengamalkan tablet zink ini kerana disamping untuk menyembuhkan luka pembedahan ianya juga bagus untuk susu badan saya.

Vitamin Shaklee kedua yang telah saya amalkan ialah breast feeding set. Saya mengamalkan set ini semasa bulan puasa bagi memastikan susu saya bertahan sehingga ke petang.

Sebelum tibanya bulan Ramadhan saya perlu mengganti puasa selama 14 hari yang tertinggal kerana alahan mengandung yang agak teruk pada Ramadhan tahun lepas. Hari pertama ganti puasa ok lagi, masuk hari kedua bila waktu petang susu saya agak kering. Saya terpaksa mengurut2 breast untuk mengeluarkan susu.

Bimbang masalah ini akan berlarutan, saya pun menghubungi pengedar Shaklee saya. Dengan mengamalkan alfafa 2 biji pada waktu sahur dan 2 biji pada waktu berbuka serta tip-tip penyusuan ibu yang sebenar, alhamdulillah susu saya maintain sampai ke petang sepanjang menggantikan puasa dan juga puasa Ramadhan yang lalu. Selain susu badan saya maintain, ia juga menjadi bertambah pekat, membuatkan anak saya cepat kenyang selepas menyusu. Buktinya berat anak saya naik dengan banyak semasa saya mengamalkan alfafa. Kini anak saya kelihatan tembam, aktif dan membesar dengan sihat.

Di sini saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada pengedar Shaklee saya iaitu kak Jannatul Fadilah yang telah banyak membantu saya dan sudi berkongsi tips penyusuan ibu dan juga tips penjagaan luka pembedahan. Saya betul2 terhutang budi dengan beliau. Kini saya juga tidak teragak-agak untuk mencuba vitamin2 Shaklee yang lain.
Sekian, terima kasih.


****************

syukur sebab Aieda dapat kesan terbaik dengan penggunaan vitamin2 Shaklee ini dlm masa yg singkat! Anda pun boleh!!!

Aieda dgn buah hatinya...Fawwaz


Mahu konsultasi percuma? Dapatkan Promosi Bulan Oktober dari saya sekarang. 013-7141954 (shara)