Pengambilan vitamin dalam pantang adalah suatu kemestian bagi ibu-ibu hari ini. Tempoh berpantang 44 hari tu terasa sangat lama bagi ibu-ibu yang baru melahirkan, kerana pada waktu itu kita masih dalam kesakitan kesan luka jahitan, badan yang sangat lemah akibat kehilangan darah semasa proses kelahiran, emosi yang tidak stabil ditambah pula dengan ragam bayi yang lazimnya kerap menangis dan tidak mahu tidur malam, sememangnya amat memenatkan.
Stress atau meroyan yang dikait rapat dengan ibu berpantang, bukanlah mitos tapi memang benar-benar wujud. Justeru, para ibu haruslah menyiapkan diri fizikal dan mental untuk menangani keadaan tersebut, dan salah satu caranya ialah dengan pengambilan vitamin, sebagai persediaan sebelum menyambut cahaya mata, permata hati kita.
Jom tengok Set Bersalin Shaklee, yang terdiri daripada:
1. Vitamin B Complex Dengan Asid Folik (40 tabs)
2. Vitalea / Multivitamin Dengan Zat Besi (40 tabs)
3. Vitamin C (40 tabs)
4. Zink (40 tabs)
Apa kepentingan mengambl vitamin-vitamin ini?
1) Vitamin B Complex Dengan Asid Folik
- B Complex bertindak sebagai penenang dan mengelakkan stress atau meroyan di kalangan ibu berpantang. Ia juga berupaya meningkatkan pembentukkan sel darah merah dan sangat penting untuk menukarkan makanan yang kita ambil menjadi tenaga. Justeru, ibu-ibu akan merasa lebih bertenaga dan kurang letih. Vitamin ini juga memelihara kulit dari dalam dan penting untuk kecantikkan, sesuai dengan namanya B for Beauty.
2) Vitalea / Multivitamin Dengan Zat Besi
- Sangat penting diambil oleh ibu berpantang kerana vitalea membekalkan 23 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh, tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakkan makanan perlu dielakkan semasa berpantang (pantang makan). Zat besi pula sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan sel darah merah, bagi menggantikan kehilangan darah semasa proses kelahiran. Ibu-ibu yang kekurangan vitamin ini, akan kelihatan pucat, letih dan tidak bermaya.
3) Vitamin C
- Sangat penting untuk penyembuhan luka jahitan serta membaik pulih tisu yang rosak selepas bersalin. Juga penting untuk meningkatkan sistem pertahanan badan kerana sebiji vitamin C Shaklee menyamai 7 biji setengah kita makan buah oren. Vitamin C juga penting dalam membentuk kolagen dan penting dalam kecantikkan kulit.
4) Zink
- Sangat penting untuk membaik pulih luka jahitan dan luka dalaman. Makanan yang kaya dengan zink ialah ikan haruan. Agak sukar untuk memasak ikan haruan setiap hari, ditambah pula dengan harganya yang agak mahal. Justeru, pengambilan zink setiap hari adalah pilihan yang tepat bagi ibu berpantang. Zink juga membantu mengatasi masalah ‘kedinginan’ selepas bersalin, dan pengambilan zink oleh ibu menyusu akan menjamin bayi membesar dengan optimum.
Trial set untuk 40 hari berharga RM 100, manakala full set berharga RM 268 untuk kegunaan 4-6 bulan. Kos pos bagi Semenanjung ialah rm 10, manakala Sabah & Sarawak RM 20. Hubungi saya untuk konsultasi percuma. Email sharazie79@gmail.com. / 013-7141954 (shara)
No comments:
Post a Comment