salam bahagia......semlm sembang2 ngan member pasal isu2 wanita, sehingga lah terkeluar isu ni, ramai juga rupanya yang tak tahu tentang SENAMAN KEGELS and kepentingannya pada wanita....jom kita baca.....
Wanita hamil digalakan mebuat senaman ini kerana otot pelvis yang kuat akan menolong melancarkan kelahiran terutama semasa proses meneran. Lagipun, ia mengurangkan risiko untuk berlaku koyakkan semasa bersalin.
Semasa pantang, kegel boleh menolong anda pulih dari luka episiotomi dengan lebih cepat, menolong mengurangkan air kencing yang tidak terkawal dan menguatkan kembali otot-otot plevis anda.
Manfaat kegel bukan berhenti setakat itu:
- Ia boleh mengelak dari mendapat rahim jatuh (prolapse) dimasa hadapan
- Memudahkan anda mengalami klimaks semasa seks
- Mengurang buasir
Ia cukup senang dibuat:
- Kemutkan otot pelvis seperti anda mahu menahan air kencing
- Tahan selama 2-3saat
- Lepaskan ia perlahan-lahan dan rehat
- Buat 25 kali setiap kali tiga kali sehari pagi petang atau malam tidak kira dimana anda berada, sambil menonton TV, sambil memasak, mencuci kain dan sebagainya. Anda mungkin boleh meningkatkan masa kecutan sekiranya otot sudah menjadi kuat.
senangkan......lepas ni boleh buat selalu ye.....:-)
No comments:
Post a Comment