Untuk semua ibu2 menyusu dan yang bakal menanti kelahiran cahaya mata...entry ini untuk anda...20 Perkara Perlu Tahu Tentang Penyusuan~Dari Sumber Majalah PA&MA Ogos 2008..credit to Zai.
1.Penyusuan pertama seelok2nya dilakukan secepat mungkin selepas bayi dilahirkan,utk meransang penghasilan dan pengeluaran
2.Sebelum menyusukan bayi,ibu haruslah melembutkan payudara dgn meletakkan tuala hangat pada payu dara
3.Susu badan mengandungi 87.5 peratus air.Oleh itu,bykkan minum air sekurangnya enam hingga lapan gelas sehari. (yeeezzaaa..minum sehari 2-3liter yer..plain water tau...bukan air yang berwarna atau bergas...)
4.Semakin kerap ibu menyusukan bayinya, semakin banyak susu dihasilkan. (konsep supply on demand...umpama air dalam telaga....takkan kering...kalau duduk di rumah boleh direct feeding..tapi kalau kerje..kenelah kerap pum..jgn tunggu breast bengkak baru nak pam..salah tu yer)
5.Ibu yg menyusukan secara eksklusif akan kerap lapar (sebab tu ibu2 perlu lebih kalori dari biasa..dan mkn lebih dari ibu2 normal...tapi bukan kata boleh melantak yer... the key is kerap..kerap mkn..tapi sederhna)
6.Sepanjang tempoh menyusu, bayi akan mkn apa saja makanan yang dimakan oleh ibunya.Ibu harus mengawal mengambilan kafein, gula krn ia mudah meresap dlm tubuh
7.Ibu2 digalakkan kerap menyusukan anak waktu mlm kerana tahap prolaktin tinggi (boleh buat power pumping sekali sehari sebelum tidur)
8.Ibu hendaklah berhati hati semasa mencuci payudara.Elakkan drpd menyapu sabun pd bghn aerola dan puting
9.Mencuci payudara dgn air suam adalah terbaik
10.Payudara yg penuh dan tidak diperah akan menyebabkan bengkak dan rasa tidak selesa
11.Bayi yg minum susu ibu secara eksklusif jarang diserang penyakit kerana susu ibu mengandungi antibody yg berupaya melawan penyakit
12.Vitamin A,B komplex,C dan Asid folik antara vitamin penting perlu semasa menyusukan bayi (ambil multivitamin dan supplemen yang tidak mengandungi pewarna atau perisa tambahan)
13.Susu ibu lebih mudah dihadam berbanding susu formula
4.Menyusukan bayi dgn susu badan akan membantu tubuh ibu kembali ke bentuk asal dgn lebih cepat (6 bulan pertama..jgn rush nak diet...makan ikut keperluan...insyaAllah)
15.Susu ibu berupaya meningkatkan perkembangan otak dan kognitif bayi
16.Hormon oxytocin yg terkandung dlm susu ibu membantu mengecutkan rahim
17.80 peratus sel dlm susu ibu terdiri drpd 'makrofaj'. Sel tersebut berfungsi utk mbunuh bakteria,fungus dan virus
18.Menyusukan bayi dgn susu ibu mengurangkan risiko obesiti dikalangan kanak kanak (bayi tak obes..tapi montel dan montok dgn baby fat)
19.Susu ibu menyediakan nisbah kandungan lemak,karbohidrat,dan protein yg tepat utk keperluan bayi mengikut tahap umur mereka
20.Ibu yg menyusu tidak boleh mengambil ubat-ubatan tanpa nasihat doktor
_________________________
menarik bukan ...info ni sekadar perkongsian dengan ibu2 menyusu...teruskan usaha anda.... all the best..lain2 yg menarik
No comments:
Post a Comment