Wednesday, November 9, 2011
Alahan Hamil...atasinya dengan positif
1. Nikmati udara pagi
Sebaik sahaja matahari pagi mula mencelah menyimbahkan cahaya, lekas2lah membuka tingkap. Berdiri seketika berhampiran tingkap dan hiruplah udara segar ini. Biarkan diri dipanahi cahaya matahari seketika kerana vitamin D yg bakal anda dapat membantu anda lebih yakin, cergas dan gembira.
2. Berlatih bernafas secara betul.
Pernafasan yg betul sepatutnya bermula dari abdomen. Pratikkan cara pernafasan yg betul agar anda menggunakan tenaga pada cara yang sebaiknya. Pastikan gaya pernafasan anda dilakukan dari dalam, perlahan dan tenang. Secara tidak langsung, minda lebih terkawal dan anda tidak memaksa tubuh bekerja lebih dari sepatutnya.
3. Minum lebih air
Ada ibu hamil yg tidak boleh minum air kosong sepanjang tempoh mabuk2 ini. Suka atau tidak, anda perlu ketahui air kosong membantu menghilangkan rasa mual dan loya dengan lebih mudah. Air sifatnya sejuk dan begitulah juga yg bakal dilakukan terhadap tubuh anda. Ia melancarkan sistem tubuh dan memudahkan penyingkiran bahan toksin dari dalam badan.
4. Makan vitamin sebelum tidur
Ibu hamil sering dibekalkan dengan pelbagai vitamin mengikut keperluan. Selain asid folik, ada juga ibu yg dibekalkan dgn kalsium, iron, dan pelbagai suplemen yg lain. Bagi anda yg sedang mengalami alahan, sebaiknya makanlah setiap vitamin ini sebelum tidur malam. Elakkan mengambilnya pada awal pagi.
5. Makan biskut tawar
Tiada selera? Lupakan seketika. Cuba kunyah beberapa keping biskut tawar dan anda dapat merasakan kelainan pada tekak anda. Untuk menambahkan tenaga, cicahlah biskut tawar ini kedalam secawan teh panas kurang gula.
Labels:
Kehamilan,
Tahukah Anda?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment