Tuesday, October 18, 2011

Kurus dengan B Complex !!


Siapa tak risau atau malu kalau badan makin mengembang...terutama ibu yang menyusukan anaknya. Niat dihati menyusukan anak, maka si anak membesar bagai juara...tapi apa yang berlaku pula sebaliknya...badan si ibu mengembang macam belon.

Ada juga kenalan ibu yang tak menyusukan anaknya sebab nak slim...kena makan produk kurus so macam mana nak menyusukan anaknya kan? Walhal cara yang paling senang nak slim semula ialah dengan menyusukan anak secara ekslusif selama 6 bulan pertama dan akan maintain apabila meneruskan penyusuan selama mungkin. Inilah yang ibu sendiri lalui. Ibu akui pengambilan vitamin sangat membantu dalam hal ini.

Credit to Azinna@MamaAna & Kak Norita

Kita sering dimomokkan bahawa pengambilan B kompleks membuatkan seseorang itu menjadi gemuk bahkan yang bercakap ini juga adalah orang yang bertauliah iaitu DOKTOR! Sebenarnya B kompleks berfungsi untuk meningkat selera makan kerana terdapat NIASIN di dalamnya TETAPI jika anda bertanya kepada Pakar Farmasi anda akan mendapat informasi yang tepat kerana mereka ini mengkaji tentang ubat, suplemen dan sebagainya. Ini ada sedikit informasi yang ingin saya kongsikan bersama anda.

Kesibukan bekerja pada masa kini menggalakkan budaya pemakanan yang kurang sihat atau tidak lengkap dikalangan masyarakat kita. Akibatnya, ramai yang mula mengambil makanan tambahan atau suplemen untuk memperbaiki kekurangan vitamin atau mineral dalam pemakanan seharian mereka.

Manfaat pada kesihatan

Secara umumnya, manfaat vitamin B kompleks jika digunakan dengan betul termasuklah menggalakkan penghasilan tenaga, mengekalkan kesihatan kulit, otot, sistem pertahanan badan dan saraf. Fungsi B yang menggalakkan pembakaran karbohidrat, lemak dan protein menyebabkan ia digunakan dalam pengurusan penurunan berat badan. Terdapat juga kajian menunjukkan vitamin B ini membantu dalam memperbaiki siptom-siptom dan tanda-tanda masalah saraf berkaitan diabetes dan pengambilan alkohol. Ia juga dipercayai membantu dalam menurunkan risiko untuk mendapat kanser.

Kesan kekurangan

Kekurangan vitamin B boleh menyebabkan kekurangan darah merah, keletihan, hilang selera makan, sakit abdomen, tekanan perasaan, rasa kebas pada tangan dan kaki, ekzema, gangguan pertumbuhan kanak-kanak dan kecacatan pada bayi yang dilahirkan.

Sifat larut air keluarga vitamin ini meletakkan kebanyakan vitamin B sebagai selamat digunakan. Vitamin B kompleks merujuk kepada suplemen yang mengandungi hampir kesemua jenis vitamin B. Indikasi B kompleks ini lebih menyeluruh seperti untuk gangguan saraf dan rendah darah merah disebabkan kekurangan vitamin B. Biasanya suplemen vitamin B ini diambil bersama makanan untuk meningkatkan penyerapannya dan mengurangkan gangguan perut.

Oleh: Dr. Mohd B Makmor Bakry

Pensyarah Kanan Farmasi Klinikal, Fakulti Farmasi, UKM

Sumber: Majalah iSIHAT, Oktober 2010.

-shara-

No comments:

Post a Comment